Ramai yang bergantung dengan saluran
pengiklanan seperti media cetak, e-mel, video dan jaringan sosial. Namun
begitu, mereka kadang kala lupa akan satulagi saluran yang mampu
diakses oleh ramai orang. Kaedah pengiklanan melalui pesanan ringkas
atau SMS mungkin tidak sama popular dibandingkan dengan yang lain tetapi
wajar dipertimbangkan bagi anda yang sedang memajukan startup atau
perniagaan di peringkat awal.
Berikut adalah 3 cara yang boleh Anda lakukan dengan menggunakan SMS sebagai media pemasaran startup Anda.
Perkenalkan pasukan kerja anda dengan pemasaran SMS
Kaedah kempen pemasaran yang berbeza boleh mencapai tujuan yang
berbeza-beza. Secara umumnya, anda seharusnya berusaha meningkatkan
kesedaran dan memupuk hubungan dengan pelanggan kerana setiap satu
memainkan peranan penting.
Contohnya, perniagaan baru anda mengadakan kempen pemasaran baru melalui
e-mel, iaitu dengan menyebarkan berita dan program terbaru, tetapi
kaedah ini kurang sesuai jika anda perlu membuat pengumuman dalam waktu
yang singkat. Pemasaran SMS memberi penyelesaian untuk ini.
Cuba kaedah lama
Kaedah dan media pengiklanan yang telah teruji dan bersifat
tradisional seperti media cetak perlu terus digunakan. Ketika bekerja,
penggunaan media cetak dan tradisional lain ini dijadikan sebagai cara
sampingan selain pemasaran secara SMS, agar sasaran pemasaran tercapai
dengan secara optima.
Berjaya maksimakan pemasaran jenama melalui SMS
Jika dipertimbangkan keefektifan kos, pemasaran dengan SMS boleh
memberikan keutungan pelaburan yang semakin meningkat. Penggunaan
pemasaran SMS bukan sekadar untuk menjayakan jenama. Jenama-jenama
seperti Whita Castle, rangkaian restoran makanan segera dan Ashley
Stewart turut menggunakan kaedah ini dan berjaya.
Jika pelanggan atau konsumer yang Anda sasarkan adalah pengguna SMS
yang tegar atau bukan peminat aplikasi telefon pintar, atau hanya
menggunakan telefon bimbit sederhana, pemasaran SMS lebih sesuai untuk
perniagaan Anda bagi mencapai status perniagaan dan meluaskan bes
pelanggan Anda.
No comments:
Post a Comment