Abad ke 21 ini
melihat betapa pesatnya penciptaan komputer dan perkembangan industri
teknologi maklumat. Sejak awal ciptaan, komputer telah berubah sama
sekali samada dari segi bentuk, keupayaan, saiz dan harga. Akibat
persaingan yang sengit, banyak syarikat komputer bertungkus lumus
membuat rekaan yang lebih baik dari masa ke masa demi untuk memenuhi
permintaan ramai orang di seluruh dunia.
Apabila ramai
yang mampu memiliki komputer, permintaan terhadap pelbagai infrastruktur
teknologi maklumat bertambah. Ini menyebabkan kemudahan seperti
penyediaan jalur lebar, internet dan sebagainya menjadi lebih tersedia
dengan kos yang tidak terlalu membebankan orang yang menggunakannnya.
Seterusnya,
perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak peluang terbuka untuk
segolongan pengguna yang tahu mengambil peluang ini untuk meraih
keuntungan samada dalam jumlah sedikit atau mungkin juga sehingga
beratus ribu ringgit.
Pelbagai cara
sudah dilakukan oleh ramai orang untuk membuat duit melalui internet.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk anda memulakan servis yang agak
mudah dan buat duit!
Servis buat blog
Kebanyakan orang
yang tahu menggunakan komputer dan tahu melayari internet sudah pasti
tidak pelik dengan perkataan blog. Ramai juga yang berjaya menjadikan
blog sebagai tempat meluahkan hasil karya masing-masing seperti menulis
pengalaman dan memuat naik gambar-gambar menarik yang mana pada awalnya
perkara ini dilakukan hanya untuk keseronakan sahaja. Akan tetapi,
lama-kelamaan wujud pula banyak maklumat dan mentor-mentor jutawan
internet dari luar negara yang memberi ide kepada penulis-penulis blog
untuk merebut peluang keemasan dan membuat duit di blog masing-masing.
Namun ada pula
segelintir pengguna yang hanya tahu apa itu blog tetapi tidak pula
berpengetahuan macamana mereka boleh mengikut jejak langkah mereka yang
berjaya dan membuat duit dari blog. Jika kita perhatikan, dalam satu
blog (sebagai contoh: www.blogspot.com) terdapat banyak komponen yang diletak untuk menarik perhatian orang yang melayari internet datang melawat blog mereka.
Inilah peluang
anda pula yang mahir membuat blog untuk menawarkan servis kepada mereka
yang tidak mahir. Bagaimana pula anda boleh mengiklan servis anda ini?
Pertama sekali anda boleh meletakkan iklan anda di blog anda sendiri.
Letakkan sampel blog yang sudah hamper siap supaya bakal pelanggan anda
boleh memilih mengikut kesesuaian masing-masing. Anda harus ingat, bakal
pelanggan anda tidak mahir membuat blog, jadi bahasa yang anda gunakan
untuk mengiklan servis anda mestilah menggunakan bahasa yang mudah
difahami. Langkah yang ringkas perlu diberi supaya apabila mereka sudah
mempunyai blog hasil daripada servis anda, mereka juga mahir mengurus
blog dari masa ke masa.
Anda boleh menyediakan pakej bayaran yang berbeza mengikut isi kandungan atau tahap kesukaran untuk membuat blog tersebut.
Servis menulis
Anda mempunyai
komputer? Anda juga melanggan khidmat internet? Anda berminat dengan
penulisan dan mempunyai ide kreatif? Anda mempunyai masa terluang dan
anda tidak mahu membuat duit dengan bekerja di luar atau di kedai
mengikut masa yang ditentukan majikan? Jika anda menjawab “Ya” untuk
soalan-soalan tersebut, maka anda boleh memulakan servis menulis buku
atau artikel untuk menjana wang pendapatan. Anda tidak perlu keluar
daripada rumah untuk kerja ini. Iklankan sahaja servis anda di laman web
yang berkenaan contohnya syarikat penerbitan buku dan majalah. Pelbagai
bahan yang boleh anda siapkan seperti seperti buku resepi, buku fiksyen
atau artikel dan sebagainya. Banyak syarikat penerbitan dalam dan luar
negara pada waktu ini sedia menerima hasil karya anda hanya melalui
internet dan proses penerbitan juga tidak mengambil masa yang terlalu
lama seperti waktu dahulu semasa ketiadaan komputer dan internet.
Servis penghantaran iklan percuma
Jika anda sering
melayari internet dan gemar mengikuti forum yang terdapat di internet,
anda mungkin boleh memulakan servis untuk mebuat penghantaran iklan
kepada mereka yang tidak mempunyai masa untuk menguruskan iklan untuk
perniagaan mereka. Ini adalah satu servis seperti agen pengiklanan
tawarkan tetapi anda akan lakukannya secara atas talian. Struktur
bayaran boleh dipakej supaya anda akan menerima pendapatan setiap kali
pelanggan membeli produk yang diiklankan oleh anda.
Servis penterjemahan
Kerja-kerja
penterjemahan boleh dimulakan jika penguasaan anda terhadap bahasa
adalah bagus. Anda seharusnya mempunyai kemahiran untuk menguasai
sekurang-kurangnya dua bahasa supaya anda boleh menawarkan kerja-kerja
menterjemah daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Contohnya
daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, daripada Bahasa Inggeris ke
Bahasa Jepun dan lain-lain.
Bagaimana pula
internet boleh imembantu anda untuk mencari duit dengan kerja-kerja
penterjemahan? Beberapa cara yang dicadangkan ialah dengan mengiklankan
perkhidmatan anda melalui laman web contohnya www.mudah.my dan www.facebook.com.
Internet akan membantu anda mencari pelanggan. Apabila pelanggan
bersetuju dengan caj yang anda kenakan, segala proses penterjemahan
bermula dari penghantaran dokumen untuk diterjemahkan boleh dilakukan
melalui internet juga iaitu melalui emel atau boleh juga dihantar
melalui pos. Begitu juga dengan proses mengembalikan dokumen yang telah
siap diterjemahkan. Bayaran pula boleh dilakukan melalui internet juga
seperti melalui laman web www.maybank2u.com.my atau www.cimbclicks.com.my
untuk pelanggan yang mempunyai akaun bank di dalam negara. Jika
pelanggan anda tidak mempunyai akaun di Malaysia dan pembayaran dibuat
melalui akaun dari luar negara, anda perlu membuka akaun yang lebih
bersifat antarabangsa seperti akaun Paypal dan sebagainya. Secara manual pula anda boleh mengarahkan pelanggan untuk membuat pembayaran malalui Western Union yang boleh didapati hampir di setiap bandar di negara kita.
Servis menjual dokumen contoh (template) seperti dokumen undang-undang
Anda seorang
pakar dalam sesuatu bidang? Contohnya bidang undang-undang. Pada masa
sekarang dengan kemajuan ekonomi negara, banyak transaksi yang
melibatkan perniagaan dan perdagangan berlaku antara banyak pihak.
Banyak dokumen undang-undang dihasilkan setiap hari untuk memastikan
transaksi yang melibatkan wang tidak menjadi sia-sia. Dokumen
undang-undang ditandatangani untuk menjaga hak-hak dan kepentingan pihak
yang terlibat.
Contoh dokumen
undang-undang yang anda boleh jual dan amat diperlukan ramai orang ialah
dokumen perjanjian sewa rumah atau pejabat antara penyewa dan pemilik
rumah atau pejabat tersebut. Sesetengah pemilik tidak mahu menggunakan
khidmat peguam untuk membuat perjanjian sewa rumah atau pejabat kerana
kos yang dikenakan agak membebankan. Sesetengah pemilik pula tidak
mempunyai banyak masa untuk bertemu peguam untuk tujuan tersebut. Oleh
itu, jika anda dapat menawarkan servis yang berpadanan dengan kehendak
pemilik tersebut, anda ialah pihak yang akan mendapat sedikit keuntungan
dalam transakasi ini! Oleh kerana penjualan dokumen adibuat melalui
internet, harga yang dikenakan perlulah tidak tinggi. Tetapi anda perlu
menjaga segala peruntukan Akta Hakcipta dan lain-lain, supaya dokumen
yang anda jual tidak pula menjadi bahan cetak rompak.
Servis menaip
Perkhidmatan
jenis ini boleh dilakukan oleh ramai orang kerana pada zaman teknologi
maklumat ini, setiap orang pasti mempunyai kemahiran menaip. Anda pasti
pula tertanya-tanya dan merasakan seperti mustahil untuk buat duit
melalui servis menaip oleh kerana ramai orang sudah mahir menaip. Masa
adalah faktor utama yang menyebabkan segolongan orang yang mahir menaip
tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Contoh golongan
tersebut ialah pelajar terutamanya mereka yang mengambil kelas diwaktu
malam atau hujung minggu atau diluar waktu bekerja. Mereka yang sibuk
dengan kerja harian selalunya memerlukan khidmat seseorang yang lain
untuk menyiapkan latihan-latihan atau kerja kursus untuk kelas-kelas
yang mereka ambil.
Cara untuk
mengiklan servis anda cukup mudah. Pertamanya anda boleh pamirkan iklan
di papan kenyataan di universiti-universiti dan kolej-kolej samada
berdekatan atau jauh dari kawasan anda. Lokasi pelanggan anda tidak
menjadi faktor yang membebankan kerana anda boleh menghantar hasil kerja
anda yang telah siap melalui internet sahaja. Anda juga boleh mengiklan
servis menaip anda di laman web atau forum yang boleh anda ikuti di
atas talian. Panduan mudah ialah anda perlu memilih forum yang
bersesusaian dengan servis menaip yang anda ingin iklankan. Semasa
membuat iklan, anda perlu fikirkan apakah maklumat yang perlu anda letak
supaya bakal pelanggan tertarik dan mahu melanggan. Satu kelemahan yang
harus anda atasi ialah faktor kurangnya atau mungkin tiadanya
komunikasi secara lisan apabila anda menawarkan servis menaip melalui
internet. Walaubagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan
iklan anda dalam bentuk video dan jika anda kreatif boleh juga membuat
iklan secara video dua hala.
Servis menyediakan kertas kerja
Tahukah anda
bahawa permohonan anda untuk mendapatkan pinjaman wang daripada pihak
bank juga bergantung kepada mutu dan persembahan sesuatu kertas kerja?
Apabila kertas anda lengkap dan mempunyai maklumat yang dipelukan oleh
pihak bank atau pemberi pinjaman seperti pihak Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan sebagainya,
peluang permohonan anda untuk lulus adalah lebih tinggi.
Pepatah tak
kenal maka tak cinta amat sesuai diguna pakai dalam situasi ini. Satu
pihak sudah tentu tidak mahu melepaskan wangnya kepada seseorang yang
tidak dikenali. Untuk mengenali sebuah syarikat dengan lebih mendalam,
kertas kerja yang anda sediakan perlu serlahkan kebaikan yang ada pada
syarikat tersebut. Anda pasti boleh melakukan servis ini dengan baik dan
efektif jika anda mempunyai pengalaman bekerja di bank atau institusi
kewangan.
Servis membuat kertas kerja penyelidikan atau tesis
Servis ini
bersesuaian jika anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara-cara
membuat penyelidikan samada secara manual atau penyelidikan bahan-bahan
melalui internet. Anda perlu tahu membezakan maklumat yang dicari
benar-benar mempunyai integriti atau sebaliknya. Suatu penyelidikan atau
tesis harus dihasilkan dengan membuat rujukan yang berkualiti. Maklumat
tidak harus diambil dari blog persendirian atau laman web yang tidak
boleh dipercayai. Anda juga mesti ingat untuk sentiasa menjaga hak
penulis lain sebagaimana yang tercatat di dalam Akta Hakcipta.
No comments:
Post a Comment